Sunday, 10 June 2012

OtroHamba !

ilham dari menonton cerita Ultraman
OtroHamba ? ape bende tuh ? bunyi cam pelik jee ~

haha , sebenarnya OtroHamba tu 'slang' untuk UltraHamba . UltraHamba tu pulak diambil daripada Ultraman . Ni la dinamekan Ultra-ception xD [ni laa akibat 9gag memanjang (- -")]

Datanglah penyelamat bumi !

Sape tak kenal Ultraman ? Mesti sume akan jawab "Yee , saya kenal sangat ! Yang pkai sut ketat wane merah tu en . Yang macam rambut punk tu kan . Yang mata die wane kuning tu kan . Yang kat dada die ade lampu lip lap tu kan . Yang selalu menang tu kan ." Ye , sume yang 'yang . .' tuh .

*Kembali ke zaman kanak-kanak*

Kalau kite tengok , Ultraman tetap akan menang walaupun ditumbuk-tumbuk , ditendang-tendang , dicampak-campak pada akhir cerita . Dengan cara macam mane ? Ultraman bangkit semula dengan lampu lip lap nye , pastu die tewaskan raksasa Ragon , Gamera , Godzila dan macam2 lagi laa dengan laser tangan bersilangnya die kann . Kengkadang tu dengan bantuan jet-jet pejuang . Tak rase kagum ke yang Ultraman ni boleh bangkit semula ?
*Sebenarnya kita dah tahu dah yang Ultraman tetap akan menang pada akhir cerita kann :D

"Wa tarak takut sama lu suma raksasa , mali sinih lawan laa"

Saat-saat Ultraman tengah meraung kesakitan , mesti kite kate camni en "bangunlah wahai Encik Ultraman , kau bole lakukan !" Kemudian , riangnye dalam hati apabila Ultraman tu bangkit setelah ditentang hebadd oleh raksasa yang hodoh lagi lopek *wekk :P* . Dengan itu , Ultraman telah berjaya menewaskan raksasa-raksasa yang hodoh lagi buruk lagi lopek lagi yang sewaktu dengannya .

Walaupun terpaksa melawan godzilla-godzilla yang jahat , Ultraman tetap bangkit untuk mengukirkan senyuman rakyat Jepun supaya Jepun tidak banjir apatah lagi tsunami yang dihasilkan daripada tangisan .

rase best lak bile teringat zaman kanak-kanak ribena xP

------------------------------------------------

Camtu lah Allah nak kat hamba-hambaNya . Walaupun ditentang dengan pelbagai masalah , dugaan mahupun cabaran yang mendatang , Allah nak hamba-hambaNya tidak putus asa . Tengok la , Ultraman mane pernah putus asa . Siap ada bantuan lagi :D

Allah tak nak hamba-hambanya terus bersedih . Allah nak kite 'fire' je masalah-masalah ni . Macam Ultraman kalahkan raksasa Gorgon :D Tak kesah laa masalah tu sebesar tahi hidung ke mahupun sebesar Planet Marikh ke , kite bole je lawan ! wachaa !

". . . ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." 
Surah At-Taubah, 9:40

Dah2 , buat ape nak bersedih-sedih lagi ? buat sakit otak dan perhabiskan air mata je -.- ingat lah Innallaha ma'ana . kalau sentiasa sedih je , tak rase ke bumi ni akan banjir ? -.-
wooosshhh ~ Kalau kite bersedih , ingatlah akan ade orang yang bersedih dengan kamu .

Kadang-kadang kite rase nak tumbuk je muke orang walaupun kite tahu yang die takde masalah dengan kita kann ? Kengkadang tu kita rasa nak jerit je kann . Tapi , Allah suka orang yang apabila dia dalam kesusahan , dia tidak mengeluh . "Mengeluh hanya akan memburukkan lagi keadaan." (trimas untuk ayat nih) sebab Allah akan tolong orang yang bersabar .

". . . ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

Surah Al-Baqarah, 2:214

Tapi mengapa Allah turunkan ujian seberat ni ? Mengapakah ? Kerana itu , kadang-kadang kite rasa cam nak fedap je dengan ujian yang Allah beri ni kann ? huh -.- By the way , ade hikmah di sebalik yang berlaku :) Kite sebagai hamba (bakal OtroHamba , InsyaAllah :D) kena lah berdoa dan bertawakkal . Kerana Allah itu Maha Mengetahui :)

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Baqarah, 2:216

"Aku ade laser , jangan main-main ngan aku . Aku boleh fire bile-bile je ."

So , Allah sentiasa akan memberi cabaran , musibah , dugaan dan yang seerti dengannya untuk menguji hamba-hambaNya sama ada Otro (beriman) ataupun tidak . mane anda pilih ? Otro atau tak ? mesti la pilih Otro en . dah , takyah nak down ke , frust ke , sedih ke , kasi FIRE sama itu masalah ! "haha , mampus kau MASALAH . ttzzz ~(bunyi laser)"
Jom same-same kite membanteras MASALAH dengan LASER SENYUMAN :)


Jangan kalah pada masalah :)

*renungan*





that's all from me ^^

No comments: